Kami Eld SDA Tingkalanon mengucapkan salam satu dalam Tuhan dan selamat menyambut tahun baru 2011. Doa dan harapan kami (pemimpin) kita maju terus dalam semua aspek pembangunan diri. Tuhan tidak akan meninggalkan umat-Nya yang setia dan terus bekerja walaupun dengan serba kekurangan.
Kasih-Nya akan memberi kita damai, bahagia dan mencapai kejayaan yang baik. Bekerja untuk memajukan ladang Tuhan adalah keutamaan kita. Oleh itu jangan merasa bosan dalam setiap tanggungjawab yang diberi kepada kita. Kita sama-sama belajar dan terus belajar dalam meniti kehidupan di alam yang maya ini.
Gereja kita sudah mendapat status gereja penuh mulai pada tahun 2011. Gereja akan bergerak lebih kepada usaha sendiri (Berdikari). Perpaduan kita sangat penting untuk menggalas tugas-tugas yang sudah diberi. Tahniah kepada Pastor Daerah Zon 18, dan pimpinan gereja pusat SDA negeri Sabah kerana sentiasa membantu gereja-gereja maju terus.
Amin