Khamis, 2 Jun 2011

Pentabisan Gereja SDA Tingkalanon 21 Mei 2011.

Pentabisan gereja SDA Tingkalanon oleh Pr.Konis Gabu dan dibantu oleh Pr.Moris Bonsoi (Pr Daerah Tandek)
Pengurapan 2 elder (Juesid Matimbang dan Robert @ Eleye Garatam), 2 Diakon (Matimbang dan Karmoni Jaman).

Terima kasih kepada semua anggota yang terlibat menjayakan acara penting ini, Tuhan memberkiti kita yang terlibat dalam pelayanan-Nya. Amin

Kumpulan Umum 28 mei 11 - 11 jun 2011

Kumpulan Umum di kg Liabas Kokol zon 18 Tandek Kota Marudu 2011 Oleh Pr.Moris Bonsoi.

Salam buat saudara sekalian pembaca dan salam dalam satu dalam Tuhan.

Kumpulan Umum ini dimulakan pada petang 28 Mei 2011 dan berakhir pada sabat 11 Jun 2011. Matlamat program ini ialah mendidik calon batisan dan meningkatkan perpaduan di kalangan anggota Adventist, meningkatkan ilmu pengetahuan tentang firman Tuhan melalui ceramah alkitab dan pelajaran kesihatan dari pegawai kesihatan .

Orang ramai atau para anggota 5 buah gereja atau mana-mana masyarakat yang berminat datang mendengar digalakan. Pendidikan kesihatan sangat membantu memperbaiki tahap kesegaran fizikal dan rohani kita. Marilah ramai-ramai belajar, sambil berkenalan dengan saudara baru kita. Semoga kasih Yesus terus bersemi dan bertumbuh dalam kehidupan kita seharian. Amin