Selasa, 23 November 2010

Dia menjawab doa orang miskin

Jangan Takut Kerana Tuhan Tidak pernah meninggalkan kita, walaupun kita tergolong orang miskin. Kesetiaan-Nya tidak pernah berubah. Anak-anak Tuhan harus faham dan mengamalkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Hukum Moral. "Dia akan menjawab doa orang yang miskin; Dia tidak memandang hina mereka. (Mazmur 102: 17).
       Sesungguhnya banyak perkara yang mesti kita ketahui tentang rahasia alam yang tersembunyi itu. Kita harus berusaha keras jika mahu berjaya atau cemerlang dalam hidup. Tanpa meninggalkan Tuhan, kita wajib berjaya dan bila sudah berjaya jangan kita lupa mereka yang miskin atau yang memerlukan.
       Kekayaan atau kejayaan yang kita miliki adalah bersifat sementara sahaja dan jangan kita tamak kerana harta dunia tidak akan kekal. Sepatutnya kekayaan itu dibahagi-bahagikan kepada semua orang yang tidak bernasib baik. Kita kaya dengan pengetahuan, kemahiran berniaga, dan ada wang banyak dan sebagainya kerana Tuhan izin kita memilikinya. Sebab itu kita perlu semua umat membantu kita dalam doa dan kerjasama membina perpaduan ke arah kebaikan, memuji Tuhan setiap saat. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan